Ehem2..awal2 dh nk tayang food kn hehe..biasala hobi memasak so 24/7 ingat food saja..ni setelah skian lama dok tgk blog sana sini baru la ada keberanian nk buat Oreo Cheese cake,itu pn setelah mendapat keyakinan dr tuan pnya resepi yakni cik Sham Shukriah hehe..boley mlawat belog dia kat sini.
Resepi ni pn mmg cilok dr blog dia ja hehe..note2 kat hujung tu pn mmg cik Sham yg tulis hehe..mudah keja mak copy paste ja:p
OREO CHEESE CAKE
Bahan-bahan
Untuk base
· 120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan--ambe guno biskut marie jas..
·
70gm unsalted butter - dicairkan
Untuk Filing
·
250gm (8oz) cream cheese -dilembutkan
pada suhu bilik,ambe guna jenama TATURA jerk..klu guna Philadephia
lagi ok, sbb mahal...tatura pun ok jerk..sama jerk rasanyer ambe rasa.
·
200gm whipping cream - ambe guna
jenama VIVo----I beli kat yummy danau kota
·
70gm gula kastor (1/3 cup)
·
1.5 sudukecil esen vanilla
·
1 sudu besar gelatine dilarutkan secara
'double-boil' dgn 30-40ml
air
·
40ml jus lemon - ambe guna
sunquick yg perisa original jas-1sudu besar..
·
5 - 10 keping biskut oreo (buang
krimnya) dipatah-patahkan
Cara membuatnya
1. campurkan mentega cair ke dalam biskut yang diblend kering - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci (sy guna loyang 8 inci) yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.
2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.
3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon/sunquick, gelatine cair dan serbuk vanilla...putar lagi hingga sebati.
--gelatin tue, ambe double boil sblm pkul cheese...biar dia panas jerk..klu dia sejuk dia jadik pekat...ambe tambah sikit lagik air smlm,jadik guna dlm 40ml air las...
4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese..putar sekejap, lepas tue gaul secara kaup balik..sampi sebati. masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.
5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.
*** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.
Rupa base cheese cake,yakni biskut marie+unsalted butter |
Ni plak cream cheese dipukul dgn gula dll mcm dlm resepi tu hehe.. |
Whipping cream yg dipukul smpai jd stiff peak sket hehe.. |
Gaul2 oreo dh siap!!mudah kan??;-) |
Amani hanya mampu menjeling,xmoleh mkn lg tggu kamu umor 4tahun baru mama bg hahha.. |
Ini rupa yg dh dipotong hehe.. |
nampak sangat sedap =)
ReplyDeletemmg sgt sedaps..sila try!!;-)
ReplyDelete